2 Murid Disyaki Menghidap Virus Influenza A

2 Murid Disyaki Menghidap Virus Influenza A

Dua murid tahun satu Sekolah Kebangsaan (SK) Tengkera 2, Melaka Tengah disyaki menghidap virus Influenza A (H1N1) selepas mengalami batuk dan deman.
Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Ghazali Othman, berkata, perkara itu belum dapat disahkan kerana pihaknya sedang menunggu laporan hasil ujian dilakukan di Makmal Kesihatan Awam Sungai Buloh.
"Murid pertama dimasukkan ke wad Hospital Melaka selepas mengalami demam dan batuk sejak 3 Februari lalu, namun sudah dibenarkan keluar pada 7 Februari.
"Manakala rakan sekelasnya dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta di negeri ini sejak Rabu dan masih menerima rawatan," katanya ketika dihubungi.
Pihaknya turut melakukan pemeriksaan di sekolah berkenaan pagi tadi dan hasilnya sembilan murid menunjukkan simptom sama dirujuk ke klinik kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan lanjut.
Beliau, meminta orang ramai terutama ibu bapa tidak risau kerana keadaan masih terkawal dan masalah kesihatan itu belum disahkan sebagai jangkitan virus H1N1.

© Copyright 2015. Qheba. All Rights Reserved.