Bayi Baru Lahir Berat Lebih 6 Kilogram

Bayi Baru Lahir Berat Lebih 6 Kilogram

Seorang ibu masih terkejut selepas mengetahui bayinya yang baru dilahirkan mempunyai berat lebih 6 kilogram.

Brian Junior dilahirkan secara normal di Hospital Mercy, Melbourne, Australia, pada Selasa dengan berat 6.06kg.

"Saya mengimpikan seorang bayi berisi dan akhirnya saya mendapatkannya," kata ibu Natashia Corrigan.

Menurutnya, kakitangan hospital dan suami memberikan sokangan dan pertolongan sepanjang tempoh kelahiran.

"Oleh kerana begitu besar, ia agak sukar dan mereka terpaksa mendapatkan beberapa kakitangan tambahan untuk membantu.

Menurut jururawat yang mendaftarkannya, Julie Kane adalah bayi yang paling besar pernah dilahirkan di hospital itu sejak ia berpindah ke Heidelberg.

Sementara itu, suami Brian Liddle memberitahu 7News, kelahiran itu 'agak menakutkan' tetapi semua berada dalam keadaan baik.

Liddle mengakui sangat teruja selepas mengetahui anak lelakinya itu adalah bayi paling besar di Victoria

"Saya masih terkejut, ia suatu menakjubkan. Saya tidak menyangka dia akan sebesar ini," katanya.
© Copyright 2015. Qheba. All Rights Reserved.