Garis Panduan Dan Hukum Mewarnakan Rambut


Terdapat beberapa hukum mengenai mewarnakan rambut :

1. Sunat :

Mewarnakan rambut kerana uban dengan apa-apa warna selain dari warna hitam.

2. Harus :

a) Mewarna rambut dengan warna hitam untuk tujuan jihad.

b) Mewarna rambut bagi isteri dengan warna hitam untuk tujuan berhias bagi suami.

3. Makruh :

a) Mewarna rambut supaya kelihatan seperti orang soleh.

b) Memutihkan rambut dengan apa juga bahan bagi tujuan untuk kelihatan tua atau mendapat kedudukan dalam masyarakat, atau diterima percakapannya.

4. Haram :

a) Mewarna rambut dengan warna hitam kecuali sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 2(a) dan (b).

b) Mewarna rambut sehingga menyerupai (tasyabbuh) perlakuan orang bukan Islam.

Pewarna tersebut tidak mengandungi bahan yang tidak dibenarkan seperti najis dan menutupi air daripada kena kepada rambut serta tidak bertujuan menunjukkan kecantikan kepada orang lain.

Dengan syarat pewarna tersebut bukanlah dari jenis yang kekal yang bermaksud tidak mengubah ciptaan Allah SWT yang diharamkan. Mereka juga hendaklah menggunakan perwarna yang suci dan halal dan tidak memudaratkan kesihatan individu seperti kanser, kekeringan rambut, alergik ataupun memudaratkan terhadap janin yang dikandung akibat bahan kimia pewarna.

Wallahu a`alam
© Copyright 2015. Qheba. All Rights Reserved.