Hukum Najis Serigala Dalam Islam


Serigala dalam bahasa Arab adalah disebut al-Zi'bu. Serigala ialah binatang yang telah wujud pada zaman Nabi S.A.W dan baginda pernah menyebut tentangnya dalam beberapa hadis yang diriwayatkan daripadanya. Namun tidak ada hadis yang menyamakan serigala dengan anjing dari segi cara menyucikan bekas yang dijilatnya atau najisnya.

Oleh yang demikian, najis serigala tidaklah sama seperti najis anjing. Najis serigala termasuk dalam kategori najis-najis haiwan buas yang lain iaitu memadai dengan hanya membasuhnya sehingga hilang kesan-kesannya dan tidak wajib dibasuh sehingga tujuh kali iaitu (dengan basuhan pertama yang menggunakan air bercampur tanah) kerana serigala tidak dianggap anjing.

Kenyataan ini telah disokong oleh pandangan Imam al-Hayawan di dalam kitab yang ditulis oleh ulama silam yang membicarakan tentang binatang-binatang, tabiatnya dan aspek-aspek lain berkaitan binatang. Menurut beliau, serigala bukanlah anjing walaupun ada satu atau dua sifatnya yang sama.

Beliau juga menyebut bahawa orang yang menganggap singa, serigala, dubuk dan musang ialah anjing sama seperti orang yang menganggap kerbau ialah kambing biri-biri atau lembu ialah kambing biri-biri.

Wallahu a'lam
© Copyright 2015. Qheba. All Rights Reserved.