Hukum Memelihara Binatang


Memelihara binatang seperti burung di dalam sangkar dibolehkan dan tidak ada nas yang melarang perbuatan ini. Tetapi menjadi dosa barang sesiapa yang memelihara binatang untuk dizalimi, seperti tidak memberi makan dan minum, mencederakan dan sebagainya.

Menurut pandangan Al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani ketika mensyarahkan hadith ini di dalam Fath al-Bari berkata:

“Hadith ini telah dijadikan dalil atas keharusan mengurung burung (memeliharanya di dalam sangkar), kerana Nabi S.A.W tidak mengingkari perbuatan Abu Umair.”

Berdasarkan hadis di atas ini, bahawa memelihara binatang di dalam sangkar adalah harus kerana memelihara binatang ini adalah sebagai perhiasan di rumah atau hobi seseorang. Islam adalah agama yang sukakan kecantikan, Allah S.W.T juga sukakan perkara yang cantik.

Allah S.W.T jadikan binatang dan tumbuh-tumbuhan adalah untuk dimanfaatkan oleh manusia, seperti menjadi rezeki kepada manusia, dijadikan perhiasan dan sebagainya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :

“Katakanlah (wahai Muhammad), “Siapakah yang berani mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya” (Al-Araf : 32)

“Dan (Allah menjadikan) kuda dan baghal serta keldai untuk kamu menunggangnya, dan untuk menjadi perhiasan”(Al-Nahl : 8)

Jelaslah, bahawa Allah S.W.T menjadikan sebahagian binatang untuk dimanfaatkan oleh manusia, seperti menjadikan sebagai tunggangan, sumber rezeki dan perhiasan kepada manusia. Tidak menjadi masalah kepada manusia mengambil binatang untuk dipelihara sebagai perhiasan dan hobi.

Tetapi perlu diingatkan, jangan menzalimi binatang peliharaan dengan tidak memberi makan, menyiksa dan sebagainya. Menjadi dosa bagi manusia yang memelihara untuk melakukan kezaliman kepada binatang peliharaannya. Hal ini dapat dirujuk kepada pandangan Syaikh bin Baaz sebagai berikut:

Tidak masalah dengan hal itu bila pemiliknya menyediakan keperluan burung-burungnya, seperti makanan dan air. Kerana, berdasarkan hukum asal, diperbolehkan. Sementara itu tidak ada dalil yang menunjukkan penentangan terhadap kaedah ini, berdasarkan atas apa yang kami ketahui. Wallahu’alam.” (Fatawa Islamiyah 4/449).
© Copyright 2015. Qheba. All Rights Reserved.