Punca Sebenar Altantuya Dibunuh

Punca Sebenar Altantuya Shaariibuu Dibunuh

Altantuya telah dimaklumkan bahawa komisyen Euro 114 juta (RM 500 juta) yang dibayar oleh syarikat Perancis-Sepanyol Armaris dalam urusan pembelian kapal selam Scorpene telah masuk ke dalam akaun sebuah bank di Kuala Lumpur. 

Komisyen itu telah dibayar kepada Perimekar iaitu syarikat milik Razak Baginda. Altantuya telah berangkat ke Kuala Lumpur dengan dua wanita Mongolia dengan tujuan menuntut bahagian komisyennya itu dari Razak Baginda yang berjumlah USD 500 ribu (RM 1.7 juta). Semasa berada di Kuala Lumpur, Altantuya sering menghubungi Razak Baginda bagi mendapatkan bahagian yang sepatutnya diberikan kepadanya.

1- 18 Oktober, Razak Baginda yang tidak tahan dengan gangguan daripada Altantuya yang setiap hari berada di hadapan rumahnya terus menghubungi Pengarah Cawangan Khas, Musa Safrie, yang juga merupakan pegawai keselamatan kepada Najib Razak.

2- 19 Oktober lebih kurang jam 9.00 malam, dua orang pegawai polis daripada Cawangan Khas (UTK) iaitu Azilah Hadridan dan Sirul Omar telah dihantar ke rumah Razak Baginda di mana Altantuya sedang menjerit dan berteriak. Mereka mendapat 'arahan' untuk 'menghentikan' tindakan Altantuya. Mereka telah bertindak menculik dan membawa mangsa sejauh sepuluh kilometer dan menembaknya hingga mati. Setelah mereka pasti yang mangsa telah mati, mereka kemudiannya telah meletupkan tubuh mangsa untuk menghapuskan bukti dengan menggunakan bahan letupan C4, jenis yang hanya boleh diperolehi daripada Kementerian Pertahanan.

3- Rancangan pembunuhan Altantuya cukup teliti kerana rekod imigresen tentang kemasukan Altantuya ke Malaysia telah dipadam dari senarai. Ini akan menunjukkan bahawa Altantuya tidak pernah ke Malaysia kerana tidak ada rekod yang menunjukkan mangsa pernah datang.

Antara Prosiding Mahkamah Dalam Kes Pembunuhan Altantuya

- Tertuduh Koperal Sirul Omar dalam prosiding pembelaan diri menyebut : "Saya tidak bersalah. Saya hanya sekadar kambing hitam yang harus dikorbankan. Orang yang bertanggungjawab masih bebas di luar sana dan tidak berada dalam mahkamah ketika ini (tidak didakwa)".

Akuan Bersumpah oleh Raja Petra Kamaruddin

- Dalam pengakuan bersumpahnya, Raja Petra Kamaruddin telah mendedahkan bahawa ada tiga saksi yang turut berada di tempat kejadian di mana mayat Altantuya diletupkan. Penama tersebut ialah Datin Seri Rosmah Mansor, Lt. Kol Aziz Buyong dan isterinya Lt. Kol Norhayati Hassan.

Pendedahan oleh Pegawai Konsulat Mongolia di Malaysia

- Dato' Syed Abd.Rahman al-Habsyi memberitahu Raja Petra Kamaruddin bahawa Rosmah yang memberi arahan dalam kes pembunuhan Altantuya termasuk meletupkan mayat mangsa dengan C4.
- Dato' Syed Abd.Rahman juga mengadu kepada Raja Petra Kamaruddin yang Ketua Polis Negara ada menghubungi dan menasihatinya agar berpindah ke luar negara jika Najib jadi Perdana Menteri.

Kesimpulan daripada kes ini

Menurut sumber yang diperolehi, setelah dibebaskan dari dakwaan terlibat dalam pembunuhan Altantuya, Razak Baginda kini menetap di England bersama isteri dan anaknya. Apa yang pasti, dalang sebenar yang terlibat dalam pembunuhan ini masih bebas dan tidak didakwa. Kes pembunuhan yang berprofil tinggi seperti ini sebenarnya telah disusun dengan rapi termasuk mereka yang telah didakwa.

Dua anggota UTK Azilah Hadri dan Sirul Azhar Omar yang menembak dan memasang C4 ke tubuh Altantuya serta meletupkannya adalah individu yang telah didakwa manakala pihak ketiga yang dilindungi identiti mereka disyaki adalah individu yang berada di tempat kejadian bagi memastikan Altantuya dibunuh. Individu inilah yang sebenarnya memberikan arahan agar Altantuya dibunuh dan mayatnya dihapuskan dari sebarang bukti.
© Copyright 2015. Qheba. All Rights Reserved.